Lagenda Temuan Temuan

Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu. "Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka. Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan [1]. Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat Orang Halus yang mendiami Gunung Raja.

Hantu Seburu ( a.k.a Bigfoot ) telah wujud pada Zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak boleh memahami dan berkomunikasi dalam bahasa manusia lagi. Orang Asli Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu akan terus demam dan mati sejam kemudian. Mamak Bungsuk pernah berpesan kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.